Monday, February 17, 2014

Cuti-cuti akhir tahun 2013




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 


وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم






Tajuk cuti-cuti, tapi hari ini dah pun berada di ofis, clear off semua kerja tertunda. Melambak ler plak, paling menakutkan kalau ada kerja yg patut settle by 31 dec, kalaulah tak dapat settle kan, memang kaput ler KPI ku... grrrrrr






So rasanya bercuti2 di akhir tahun ni mmg a big mistake, tahun depan takmo lagi dah cuti akhir tahun, cuti awal tahun ok (kesian plak ngan anak daraku itew kena ponteng sekolah kang huhu)






Cuaca di kuching memang agak suram dan sejuk... sepanjang hari hujan, kekadang renyai, kekadang lebat, kekadang berangin


So kami memang stay in house je lah... 


Sesambil tuh layan si Izzah nak buat munga munga nih... nasib menjadi


cuti cuti akhir tahun 2013 1






Minah munga-munga... yang chomel kikikiki


cuti cuti akhir tahun 2013 2






Sebahagian telekung yang telah disiapkan, opss bukanlah saya yg jahit, tapi di jahit oleh adik saya


cuti cuti akhir tahun 2013 3


cuti cuti akhir tahun 2013 4






Bila balik kampung, seronok memasak sebab banyak mulut yang boleh suap, arituh masak puding roti, memang kejap jer habis,


pastu try plak masak butter cake


perrrgghhh! hangus kui kui


Doriyan punya pasal kek ku hitam legam!


cuti cuti akhir tahun 2013 5


Al kisahnya masa bakar kek ni, hubby ajak pergi cari durian. Walaupun hujan lebat mencurah curah, kat sana musim buah sekarang ni, banyak durian, rambutan n cempedak di jual.






Plan asal nak cari duriyan kat area Tabuan jer, last2 melalut sampai ke Samarahan, depan gate ke Unimas baru jumpa kedai yang kenan di hati.


Balik dari makan durian, oven dah shut off, tapi tengok2 belah atas kek ni masih belum masak betul, maka dengan tanpa fikir panjang, saya pun terus onn balik oven letak api belah atas jer, terus pergi solat.


Apa lagiiii.. hangit satu rumah! Nasib baik MIL cepat sedar dan switch off the oven.






Kawan2...satu soklan nih.. agak2nya kalau kita tukar setting api oven tuh, kena preheat jugak ke terlebih dahulu erks..aiyaaah mokcik ni kureng ilmu membaking ler!






Nasib baik bahagian bawah ok jer... ramai yg kata sedap kuikui.. perahsan dah mokcik nih!






OPss.. nak letak resepilah kat sini, sebagai rujukan diri sendiri di masa depan:






SIMPLE BUTTER CAKE


1 buku mentega (250gm)


5 biji telur


2 1/2 cawan self raising flour diayak


1/2 cawan low fat milk


2 sudu besar susu pekat manis


1 1/4 cawan gula halus


1 sudu besar esen vanilla






#Mentega + Gula di pukul sampai kembang, then masukkan susu pekat manis dan pukul lagi


#Masukkan esen vanilla - pukul sekejap


#Masukkan telur satu persatu - sambil pukul skit2


#Masukkan susu cair & tepung berselang seli sampai habis


#Sediakan bekas membakar, masukkan dalam preheat oven, bakar 1 jam at 150degree, bergantung pada oven jugaklah.






Tengok gambar nih terkenang-kenang ler plak


cuti cuti akhir tahun 2013 6


Sedapnya mee sapi Sepinang Sari a.k.a Haji Salleh


Antara tempat yg wajib pergi kalau balik kampung, trick nak dapat makan cepat dan tak berebut tempat, pergilah time petang, dah pukul 2 or 3 (they close @ 4pm)


Kalau pergi pukul 10 11 or 12 tghari memang for sure lambat dan penuh, kena tunggu turn baru dapat duduk huhuu...


Kalau korang ke Kuching jangan lupa ke Sepinang Sari yer... tak sama rasa dengan mee kolok kat tempat lain.






Oklah setakat ini dulu cerita cuti2 saya ni...


Kekadang terfikir best jugak bercuti ketempat lain selain balik kampung, tapi on 2nd thought, selagi orang tua masih hidup, kena ikhlaskan hati korbankan perasaan ingin bercuti ketempat lain, gantikan dengan menziarahi orang tua dikampung, moga mereka gembira dengan kehadiran kita (alahaiii kalau banyak cuti kan best, balik kampung pun boleh, melancong pun boleh!)






Wassalam



Regards;

  cuti cuti akhir tahun 2013 7


No comments:

Post a Comment